Firhat's FotoPage

By: Firhat Othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 31-Mar-2008 21:03 Email | Share | | Bookmark
Rihlah di Warwickshire (Coventry)

Tak tau menari jangan salahkan lantai jongkang-jongket. mmg pun.
Ok, semua berdiri kat sini..cepat
Cepatlah. nak main
View all 10 photos...
Setelah menghabiskan separuh hari di Stratford-upon-Avon, kami meneruskan perjalanan ke Coventry City. Kami sempat menunaikan solat zohor dan asr di Eagle Street Mosque, Coventry. Keadaan sekeliling lebih kurang macam di Melbourne St kat Leicester, ramai orang Paki. Kawasan muslim. Tak jauh dari masjid tu ada satu lagi masjid yang agak besar.

Memandangkan bekalan makanan yang masih banyak, kami memutuskan untuk mencari satu tempat yang sesuai untuk berkelah. Kami sempat bertanya dengan seorang yang lalu kat situ dan dia mencadangkan kat Coventry War Memorial Park, lebih kurang macam Tugu Peringatan Perang kita kat Taman Tasik Perdana tu. Kat situ ada track berbasikal, jogging, kawasan padang yang lapang dan taman permainan kanak2. Kat situ pun ada pancuran mandi awam yang menurut notis kat situ hanya beroperasi masa musim panas jer. Maknanya, kalau panas sangat boleh main-main air pancut kat situ.......kot. Nanti insya allah kitorang check summer nanti..ye.

Yang paling seronoknya biasalah kan budak2, bila dapat jumpa playground. Payah2 nak panggil makan. Ha, biar mak bapak makan dulu. Walaubagaimanapun, takde gambar2 kita orang makan sebab cameramen sibuk..makan.

Selamat tengok2 gambar.


Monday, 31-Mar-2008 12:52 Email | Share | | Bookmark
Rihlah di Warwickshire

Beratur tunggu tongkang di tepi River Avon
Tak settle lagi. Nak bergambar pun susah
Baru settle. Nak kena Baba jugak baru OK
View all 36 photos...
Salam,

Cuti hujung minggu semalam kitorang sekeluarga pergi jalan2 kat Warwickshire. Ada dua tempat kitorang singgah i.e Stradford Upon Avon (Kampung Shakespeare) dan War Memorial Park di Coventry. Seronok ke sana sebab dah panas sikit. Cuaca cantik, jadi dapatlah pergi piknik macam kat Malaysia. Orang puteh tengok heran jugaklah kan. Biasa diorang piknik makan sanwich, lepas tu dalam small group jer. Kitorang open table (bentang surat khabar jer) bwah pokok, 18 orang semuanya kebanyakan kanak2. Ada nasi goreng, mi hun, pulut kuning (macam nak bagi hantu makan-bawah pokok besar, nasi putih, kari dan macam2 lagi. Disebabkan makanan terlalu banyak makanan kitorang buat dua kali piknik. Ni ada beberapa keping gambar sebagai tatapan. Cheers


Wednesday, 9-Jan-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hijrah -KLIA

Cukup ker tiket nie?
Ok, semua berdiri kat sini. Auntie nak tengok.
Bersama Daddy dan adik-beradik
View all 12 photos...
Tanggal 9 Januari (Malam Maal Hijrah) kami sekeluarga dan saudara-mara berkumpul di KLIA. Biasanya kitorang hantar sedara-mara ke luar negara, tapi kali ini giliran kami pula dihantar. Destinasi kami-UK. Perasaan bercampur-baur,sedih, excited, gelisah dan macam2 lagi. Maklumlah, nie bukan nak makan angin tapi nak tinggal kat sana bersama-sama keluarga.

Alhamdulillah perjalanan lancar. Di dalam kapalterbang taklah sebosan yang disangka sebab ada 'in-flight entertainment package". Setiap penumpang boleh access pada in-flight entertain seperti movie, games, flight information dsb. Makanan juga mencukupi. Seperti biasa budak2 sibuk dengan games dan apalagi, kartuuun lah.



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net